Ujibakat Segmen "Nona Manis" di TV3

Hye Assalamualaikum pencengah dyrachentasayang,
Apa khabar semua ?

Harap-harap sihat selalu...
Pada sesiapa yang mengikuti Dira di instagram ataupun FaceBook kan, korang mesti tengok latest Update Dira untuk sesi ujibakat Segmen Nona Manis ni kan ?
Okay, jom baca celoteh Dira untuk the full version dia, hihi...

Okay, First of all, Dira nak cakap Thank You kat pihak Media Prima dan TV3 kerana sekali lagi memanggil Dira untuk ujibakat Segmen Nona Manis di TV3 ni...
Ni kali kedua Dira melangkah ke Sri Pentas TV3 selepas Ujibakat Wartawan Penyiaran Melodi haritu kan....

Korang pernah tengok kan iklan ni . . . 


Haaa nampak tak, Dira dengan tanpa segan silu menghantar Profile Dira kepada pihak Nona dan Alhamdulillah, sehari selepas tu Dira dapat call dari pihak TV3 untuk datang ke sesi Ujibakat yang diadakan pada 21 April 2015. 
Agak teruja bercampur nervous jugak sebenarnya sebab Dira ni senang rasa Insecure sikit.
Tapi berkat sokongan Family and kawan-kawan Dira yang tak putus-putus suruh Dira pergi dan cuba jugak, so Dira gagahkan diri jugak laa...

Okay jom tengok sekitar Ujibakat yang berlangsung di Sri pentas ni...


Pintu Masuk ni nampak lengang kan, tapi sebaliknya dah ramai giler tunggu depan pintu masuk ni sebab pengawal keselamatan tak dapat info deri penerbit lagi dekat studio mana akan diadakan sesi ujibakat tu...



Yeaa dah dapat pas pelawat and boleh laa masuk, okay masa ni memang nervous sikit laa...





Tapi bila tengok ramai yang datang tu, nervous kurang sikit laa... And walaupun antara yang awal datang, registration ambil masa yang lama sikit sebab ramai sangat orang yang datang kan...


Yang tudung biru tu Datin NorJuma, dapat snap picture dari jauh je sebab dia macam rushing jee...
Hmmmm cantik sangat tau Datin Norjuma ni, hmmmmm hihi teruja laa Dira.

Ada sesi interview kat luar studio, dorang pick up peserta secara rawak je...


Nampak tak angka giliran dira tu nombor berapa....
33 out of 90 something tau... Tak ramai pulak yang datang Ujibakat ni kan...

Antara Soalan yang perlu disediakan jawapannya untuk sesi Ujibakat di dalam Studio nanti,
Agak-agak dira pilih soalan yang mana eh ?


Okay ni antara kenalan baru yang dira kenal sepanjang ujibakat ni berlangsung...
Hope To see you guys again....


Okay bagi pose satu, hihi....
Gambar ni credit to KakCik KayAnne, cousin dira sebab dia dah lama giler bagi hadiah baju ni kat Dira tapi Dira baru pakai untuk Sesi Ujibakat ni...
Thank you kakcik, I really appreciate it.




Okay ni antara Terms And Condition yang Contestants kena Agree if nak jadi Pengacara or terlibat dalam Penerbitan TV3 nanti....
Agak panjang dan berpinar jugakla mata dan kepala ni nak kena fahamkan satu-satu sebelum sign kan...


Alhamdulillah, so far semua berjalan lancar. Dira nak wish semua yang datang semalam Good Luck and All the best. Ade rezeki kita jumpa lagi.
Dapat ke tak ke itu belakang punya cerita yang penting kita dah cuba kan...
Dira buat ni pun atas dasar minat dan doa yang baik-baik dari semua kenalan dira amat dira hargai.
InsyaAllah minat ini mungkin satu rezeki untuk menjadi lebih baik nanti...



Last but not least, Dira nak say Thank You dekat my Bestfriend sebab sudi teman Dira, hantar Dira and Stay dari pagi tau. Pakej dengan MakLin and Mama sekali...
Terima Kasih, Jasa korang takkan Dira lupakan sampai bebila...

Semoga segala kebaikan itu mendapat keberkatannya...
Dira Doakan semua berjaya, Doakan Dira jugak yee :)

Apa-apa updates, Dira akan bagi tahu nanti.
XoXo :)


Nah saje bagi short video sikit :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...