Ujibakat Wartawan Penyiaran Melodi TV3

Assalamualaikum dyrachentasayang semua :)
Dyra curi masa sikit lepas first paper exam ni sementara nak buat preparation for the second paper sebenarnya... Penat sangat satu hari study kan so duduk laa depan laptop sekejap.
Tetibe terfikir nak share something dengan korang memandangkan lama dah tak update blog kan, ape entah lagi vlog. oh memang takde masa sangat sekarang ni...
Lepas final exam ni pun kemungkinan busy jugak dengan preparation nak praktikal and ade MakeUp job lagi...

So far, alhamdulillah, pembukaan 2015 semuanya baik-baik, iyelaa orang kata nak pergi ke arah lebih baik kena laa berperingkat-peringkat kan...

Okay laa jom straight to the point je pasal entry yang dyra nak share ni...
Tengok laa tajuk tu kan.....

Siapa yang follow dyra kat INSTAGRAM or friend kat FACEBOOK maybe ade nampak update dyra yang simple just check in and ade yang repost je kalau kat instagram tu kan....

So kat blog ni boleh cerita panjang sikit....
Baru-baru ni (15 January 2015), berlangsungnya ujibakat untuk mencari wartawan penyiaran MELODI di TV3. Dyra dapat tahu lama jugak laa, seminggu sebelum sebab dira nampak orang repost advertisement tu kan....



Eh tapi kan, kat advertisement tu ade cakap nak Diploma/Ijazah dalam bidang Penyiaran atau Komunikasi dan Media....
Hmmm lepas baca tu macam yakin tak yakin je nak join...
Tapi orang kata belum cuba belum tahu kan. 
Sebabnya rezeki tu ade kat mana-mana yang penting usaha...
Okay gagahkan laa jugak nak pergi ni, plan dengan my angah who is my number one fans yang memang akan support dira on what yang dira suka...


So khamis tu pun angah mintak cuti, yelaaa ujibakat tu Khamis kan, masa bekerja kan... So demi adik dia yang sorang ni dia pun relakan jiwa kan hihi...
Thank You Angah :)



First, persiapan tu macam biasa je, tapi bila nak sampai hari Khamis tu macam....
isshh nervous plak, Then mintak tips dari housemates and cousin dira yang pernah join ujibakat macam ni so at least takde laa shock sangat nanti memandangkan ni first time dalam sejarah dira pergi ke ujibakat ni.... Haiiihhhh memang nervous bukan kepalang laa kan...
Hari rabu tu semangat pergi amek gambar konon-konon kat studio. Ececehhh sebab selalunya ujibakat ni nak gambar 3R laa bagai kan. So buat jelaa, kalau over prepared pun takpe, at least prepare kan.. Ececehhhh....



Okay hari yang dinantikan. . . . . . . . . 
Malam tu memang tidur tak nyenyak laa kan, terbangun-bangun je...
(Memang normal sebab sebelum ni kalau nak presentation or nak ada event apa-apa memang susah nak tidur. hehe drama sangat kan dira ni....)


Saat kaki melangkah masuk kat Sri Pentas....
(Tak pernah sangka akan masuk tempat ni sebenarnya walaupun sebenarnya ni laa impian dira dari kecik)



Okay sampai je kat Sri pentas, receptionist tu suruh naik lif dan ke tingkat 1. 
Okay masa dalam lif tu pun jangtung dup dap dup dap laa kan memandangkan angah tak boleh masuk, So dira sorang-sorang buat semua sendiri. Agak kelam-kabut sikit laa tapi sebab dira bajet-bajet cool laa kan konon takde ape padahal hati huiiihhh Tuhan je tahu. 

Okay NEXT . . . 
Dira sampai dulu dari semuorang ? Adakah itu semangat ? Haha sebabnya kaunter registration pun tak bukak lagi.... Ingat nak turun balik tapi dah ade kerusi siap kan duduk jelaa...
Then dengan tak disangka-sangka lepas dira sampai adelaa dua tiga orang lepas tu datang....


Okay bile dah nampak dua tiga orang yang datang tu agak lega sikit laa... Maybe sebab hari bekerja kan so mungkin ada yang ambil masa jugak nak datang...
Okay nah ni task yang dira dapat...
Sebenarnya tak expect pun semua tasks yang dia bagi tu semua berkenaan gossip artist tapi eh eh semua gossip artist plak...
Hmmm nasib laa tasks yang dira dapat tu dira tahu, dira ade nampak orang lain punya tasks lagi laa pelik-pelik nak jawabnya. Hahaa...
Okay tengok je kertas kat bawah ni dah tahu betapa dira cuba untuk mengeluarkan idea sebaik mungkin kan...




Haaa kenal ke tidok ni siapa ? Ni Wartawan Melodi laa, dalam Tv lawa, haiihhh kat depan-depan lagi laaa... Tu yang amek gambar curi-curi tu hahaha Sorry kak Ria...


Gambar ni dira dapat dari FB TV3 Malaysia tau, bukan dira upah orang suruh snap... hihi 
(Ada masa pulak kan nak suruh orang snap dalam keadaan jantung tengah dup dap dup dap tu)
Okay banyak jugak tasks yang diberikan buat dira rasa lebih confident utnuk bergaul dengan ramai orang lagi lepas ni...
Nak tahu satu hal ? Dira datang ujibakat ni bukanlah berharap untuk diterima tapi sekurang-kurangnya dira dapat buat benda yang dira suka disamping tahu sikit-sikit knowledge especially dalam dunia penyiaran...
Tak mudah laa kan sebab dira memang takde basic langsung tapi dari comments positive yang dira dapat, dira rasa ni satu platform baru untuk dira ketengahkan bakat yang dira ada. Dan Alhamdulillah, semua judges yang semuanya dari krew dan wartawan Melodi sendiri suka dengan dira and bagi banyak tips positive untuk dira majukan diri lagi, tu laa yang paling best...
Lagi best bile diorang offer lagi nak tangkap gambar tak dengan diorang haaa....
Diorang ni sangat sporting ok...
So keseluruhannya dira bagi 5 bintang :)
Hehe, Alhamdulillah, pengalaman yang ada ni dira kongsikan di sini supaya ia menjadi salah satu portfolio dira jugak...

Thanxxx korang sudi baca coretan ni sampai habis...
Doakan dira berjaya k, kalau tak dalam bidang penyiaran, dalam apa jelaa bidang yang dira ceburi...
Nah belanja gambar dengan krew melodi sikit, Haaa jangan bikin panas :)


Korang boleh tengok update sesi ujibakat ni di Intagram MelodiTV3 okay...
lagi banyak gambar update kat situ...
Bye Xoxo :)



2 comments:

  1. beb..kenal all of them.. lama xg sri pentas..rindu nya.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...