" Tanjung Sutera Resort, Johor "


Hye, Assalamualaikum pencengah dyrachentasayang :)
Uishhh lamanya tak menyapa penjengah blog Dira ni...
Al maklumlah, kesenggangan masa tu buat Dira terpaksa curi-curi masa terluang untuk update dinding dyrachentasayang yang dah berhabuk dan bersawang ni, Hahaha....

Okay, straight to the point la k, before cerita panjang Dira nak wish

" SELAMAT TAHUN BARU 2016 !!!! "
Ya Allah, cepatnya masa berlalu....

Entry Bulan Disember 2015 ni baru nak update.
Okay lah, sebelum Dira cerita panjang mengenai percutian singkat Dira bersama keluarga ni,
Meh Dira belanja sikit lah Video sepanjang percutian tu...
Jangan Makan Hati K uolls....









Okaylah, meh Dira bagi sedikit Details mengenai " Tanjung Sutera Resort "



Tanjung Sutera Resort teletak di Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Ala kalau korang Waze ke google ke mesti ada punya sebab Resort ni memang tengah famous sekarang sebab lokasi dia yang terletak berhadapan laut dan angin serta pemandangan yang sangat menenangkan.
Bila pertama kali menjejakkan kai ke sini...

" Ya Allah, indahnya ciptaan tuhan :) "
Itulah dialog yang keluar dari mulut Dira...

Serious, pemandangan dia memang AWESOME !!!

Sebenarnya, process penginapan kat sini kena booking 3 hari sebelum sebab tempat ni agak pedalaman dan terpencil, jadi process persiapan agak mengambil masa. Kerana apa?
kawasan ni nak keluar ke bandar, jauh so persiapan makanan hanya disediakan oleh pihak resort je kecuali kalau kalian rajin nak keluar beli makanan ke so cafe tu terbuka untuk korang gunakan untuk makan 24 jam.
Next, Resort ni menyediakan pakej BBQ dan pakej per person di mana harga tertakluk kepada jenis bilik dan berapa lama penginapan korang.
Disebabkan kitorang datang main redah je tanpa booking kan, so kitorang hanya ambil bilik basic je yang paling murah (RM 150 per night ) yang boleh memuatkan tiga orang satu bilik untuk selesa la. Dan kalau nak tambah tilam pun korang boleh request dekat pihak management.

Okay, Jom kita tengok moments yang sempat Dira captured sepanjang di sini....



Pemandangan dari atas bilik Dira....




Kalau, awal-awal tadi, Dira kongsikan video di tepi swimming pool yang menghadap laut ni, okay ni antara moments di swimming pool.

Nampak macam private pool kan ?
Takla, ni public pool tapi memandangkan kitorang datang masa weekdays, so tak ramai yang bercuti di sini....


Lama tak berenang, so agak terkial-kial la jugak kan....
HAHAHAHA....












Taktahu nak cakap, pemandangan mana je yang tak cantik, setiap sudut pandang cantik gila okay.
Saja nak bagitahu, tempat ni sangat sesuai untuk korang yang memang nak beristirehat dan menenangkan fikiran sebab semua aktiviti korang boleh buat slow and steady kat sini and pemandangan dia yang cantik tu buat korang selesa sangat....
Korang takpayah keluar ke pekan pun, korang just rehat kat sini sebab korang boleh directly order makanan dekat pihak management di mana harga yang diletakkan tak mengikut pakej pun masih murah dan rasa dia memang tak mengecewakan langsung...


Ni antara makanan yang menjadi hidangan kitorang di sini.
Nampak simple kan ? Tapi Dira yakin korang pasti akan repeat order tambah-tambah lagi bila dah berendam dalam air, lepas tu lapar kan.... Hihiihihi

Sebenarnya, ni order kitorang yang pertama, and please jangan tanya berapa kali kitorang repeat order ni. HAHAHAHA


Okay, Selain daripada pemandangan swimming pool yang menghadap laut tu, kat sini jugak ada tasik buatan di mana tasik ni ada beberapa permainan yang simple-simple la macam korang kena merentasi tasik tu melaui tali and aktiviti kayak di waktu petang.
Tapi cuaca waktu petang disini hujan, jadi kitorang tak berkesempatan bermain kayak...






Next, antara tempat persekitaran yang agak dekat dari tanjung Sutera ni ialah JETI SEDILI.
Kalau rasa nak tengok bot-bot dan kapal-kapal nelayan berkampung korang boleh laa datang ke JETI SEDILI ni....

Banyak yang korang boleh belajar melalui kehidupan nelayan ni sebenarnya....






Okay, Kalau petang-petang korang nak lepak tepi swimming pool pun okay sebab angin kencang tepi laut tu ditemani dengan ombak kuat tu memang feeling sangat uolls...





Ni antara jenis bilik dan penginapan yang disediakan.
Tapi, untuk pengetahuan korang, dekat sini ada bilik untuk pakej honeymoon, family package, dorm dan tempat perkhemahan.
Sayangnya, bilik untuk package honeymoon yang memamg betul-betul menghadap laut masa tu full and family package punya bilik yang memuatkan 8 katil dalam satu bilik pun full....
Menurut gambar-gambar disekitar kawasan ni, bilik-bilik yang ada special services tu ada design dan keunikan sendiri...
Rasa rugi pun ada sebab tak book and survey awal, but kitorang make sure akan repeat lagi datang kesini... InsyaAllah....









Ni antara view kehijauan yang ada...





Nampak tak view waktu malam macam mana ????
Sangat damai dan menenangkan, seriously !!!
Kalau korang nak tidur dekat tepi pool malam-malam ni pun takde masalah.
Ada jugak pondok atas pokok yang dibina untuk aktiviti lepak-lepak...




Thank You Along And Abah yang melayan kerenah kitorang sepanjang disini...










Thank You jugak kepada Kak Tuty sekeluarga sebab merancang perjalanan ini :)






For overall, Tanjung Sutera Resort, Kota Tinggi highly recommended untuk korang tapi..........
Setiap percutian mesti ada Pro and Cons kan...

Kalau korang nak tahu, disebabkan tempat ni agak pedalaman, so line phone korang susah nak dapat and line internet apa entah lagi kan...
Korang boleh dapatkan line WIFI kat sini tapi hanya di CAFE jelaa...
Dan Line WIFI pun agak kurang memuaskan.
Tapi okay la kan, kata nak bercuti, so please put a side laa gadget-gadget korang tu ! HAHAHA

Eh kalau korang ada plan nak datang, korang boleh bawak laptop korang and download siap-siap lagu-lagu untuk korang karaoke kat sini sebab dekat CAFE ni Open-Mic.

So korang boleh cucuk je cable yang ade kat laptop of devices korang and melalak la sepuasnya K.

Okay guys, malas nak tulis lagi sebab nak korang datang sendiri kat sini untuk rasai keindahan tempat ni sendiri.
Semoga perkongsian Dira kali ni dapat memberi sedikit info dan tips untuk korang yang nak datang ke sini nanti....

XOXO, Mmmuuaaahh :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...