BAHTERA 2015 - Bumipreneurs of Tomorrow

Hye Assalamualaikum dyrachentasayang ?
Apa khabar semua ? Sihat ?
Walaupun agak menyepi tapi alhamdulillah Dira sihat hendakNya.
Cuma sekarang busy dengan komitmen keluarga dan komitmen kerja yang baru nak bermula ni.
Okay, siapa yang mengikuti Dira di laman INSTAGRAM @ FACEBOOK mesti tahu event yang Dira join baru-baru ni kan.... So meh laa Dira cerita keseluruhan event ni di dinding blog supaya jelas di mata mereka yang masih tertanya-tanya tu. Al maklum laa, kalau Dira post gambar kadang-kadang Dira tak sempat nak reply beberapa comment yang diajukan. So, Dira ambil masa sikit dalam penulisan blog untuk korang semua ok ?

Okay, Dira dapat part time job ni pun from one of Dira punya friends yang ajak sesama join event ni padahal mula-mula memang taktahu what this event for kan. So memandangkan memang tengah free on the date so Dira proceed je laa join sekali. Sekurang-kurangnya dapat menambahkan pendapatan sampingan kan....
So first day datang untuk briefing about this event barulah tahu yang sebenarnya event ni adalah projek keusahawanan untuk usahawan memperkembangkan lagi perniagaan di samping dapat memberi ilmu perniagaan kepada usahawan yang baru nak menapak ni. 
Panel-panel yang datang untuk setiap slot pun memang best. Tak hairanlaaa kalau berpusu-pusu orang mendaftar secara online untuk mendapatkan tempat untuk masuk ke dalam program ni. 
Btw, event ni berlangsung di Hall 1- 4, Kuala Lumpur Convention Centre. 
Dira and team hanya ditugaskan untuk slot-slot tertentu je di mana kitorang akan guide orang yang datang untuk ke program dan slot yang diorang berminat. Disebabkan busy melayan visitors dan program yang dibuat, tak banyak sangat gambar untuk perkongsian Dira buat korang semua cuma kalau korang nak tengok the large view of this event korang boleh pergi ke Instagram dengan #Bahtera2015 ataupun just google sahaja BAHTERA 2015 and semua slot dan program yang diketengahkan akan korang jumpa. 

Korang jugak boleh terus ke web www.Bahtera.my



Jom Dira kongsikan perkongsian Dira semasa dua hari event ni berlangsung bersama team Dira yang best sangat ni....












Persiapan untuk hari pertama diketengahkan oleh semua usahawan yang berdaftar untuk mempersiapkan material dan booth mereka untuk event hari seterusnya.....




























Sekian sahaja perkongsian gambar Dira sepanjang event BAHTERA 2015 ni. Event ni banyak mengajar DIra untuk mempertingkatkan komunikasi serta sikap sosial dalam masyarakat secara menyeluruh. Leader kitorang yang lead event ni pun sporting giler yang buatkan kitorang pun happy je nak buat program ni. Keje pun tak stress event penat. 

So to all the team, thank you for the great experience and Dira harap boleh join korang lagi in future :)









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...