Happy Birthday To me, Officially Graduated Yeaaaa !!! :)

Hye Assalamualaikum pencengah dyrachentasayang :)

Apa khabar semua ?
Belum terlambat rasanya Dira nak ucapkan selamat masuk bulan June, cewahhh...
Al maklum laa, bulan June ni kan dah nak sambut Ramadhan...

Okay laa, straight to the point.
Siapa yang wish birthday Dira haritu (04 June 2015), Thank You yee...

Sebelum nak cerita lanjut mengenai birthday Dira yang ke 22 ni kan, saje nak bagi tahu 3 June yang lepas merupakan hari bersejarah dalam hidup Dira di mana Dira dah menamatkan sesi pembelajaran Dira yang lebih kurang 3 tahun ni. Dalam erti kata lain, dah Officially Graduated laa !
Tunggu konvo je :)
Hehe, lega rasanya dan inilah hadiah bermakna sebenarnya untuk Dira sepanjang 22 Tahun ni :D

Okay jom laa proceed ke party birthday Dira yang tak berapa nak dirancang sangat tu...
Sebenarnya birthday party ni takdelaa 'party' sangat which is sebenarnya Maklong yang plan nak buat kenduri tahlil arwah dan kesyukuran untuk meyambut puasa di mana acara ni memang acara wajib keluarga kitorang. And bila kenduri jugak laa the whole families akan gathered kan. So, just beli kek untuk meriahkan suasana je...

Ralat jugak sebenarnya sebab selalunya dua tiga hari sebelum kenduri Dira akan berkampung kat rumah maklong untuk tolong apa yang patut. Maklum laa, Maklong memang kaki rewang. Kalau kenduri kendara memang merewang laa kami anak-beranak. Maklong je ibu saudara belah mama satu-satunya and Maklong dah macam mama Dira dah. Dari kecik memang kalau cuti sekolah atau masa terluang mesti duduk rumah maklong. So memang sampai besaar laa takkan lupa kan. 

Cuma kali ni, Dira ada komitmen lain dulu untuk diuruskan. Lepas settle baru dapat straight ke rumah maklong....

So, kenduri sebenarnya start lepas isyak di mana tahlil arwah dan bacaan Yassin diadakan.
Tapi jemputan datang dari selepas asar lagi di mana saudara-mara terdekat memang akan berkampung dari siang.
Selepas asar laa majlis potong kek diadakan. 
Alaaa, Dira malu sebenarnya nak potong kek ni, dah besar malu tau.
Tapi seronok tengok anak-anak buah semua berkerumun dekat kek sebenarnya...


Haaaa unik tak Kek 22 Tahun Dira tu ???
Dira memang mintak ala-ala TAKE untuk shoot tu, tapi rupanya dah ade orang tolong 'sponsor' kan kek tu. Isshh malu pulak rasanya...
ThankYou kaklang and Abalang :)



Okay yang ni secara tak dirancang. Terima kasih Leeya sebab sudi datang kenduri kecil-kecilan ni.
Sudi jugak melayan aku yang memang alone ni kan... Hahahaaaa....
Eh Thanxx kat cik abang Leeya jugak sebab datang memeriahkan suasana...

Haaa nampak tak siapa paling besar kat situ ?
Haaaa... Bagi laa chance sikit. hihi

Anak-anak buah maklang pun excited nak potong kek kan...
Haa potong laa potong...

Ni laa mama yang dah besarkan Dira 22 tahun ni.
Isshhh taktahu macam mana nak balas pengorbanan Mama.
Tanpa mama, Dira takkan jadi macam sekarang ni tau...
Alhamdulillah...
Haa Tudung yang Dira pakai ni pun mama yang bagi :) 

Hmmm ade orang kuat cari pasal tetiba nak tangkap gambar, Hihi layankan jelaa...

Saje nak bagi tahu tema hari jadi ni Elsa :)
Tu yang semua pakat pakai baju Biru tu...
Siapa Elsa tu ? Eh Birthday Girl laa hihi :)



Saje nak pegang kek. Hihi

Tengoklah suasana kat bawah ni, meriah tak meriah laa kan...




Ni geng Party paling happening sepanjang 22 Tahun ni :)




Anak-anak dara kena duduk dalam bilik masa Tahlil dan Bacaan Yassin kat luar. 

Tengoklah anak buah maklang dua orang ni, gerammmm betul :P

Selfie Time !!!
Okay laa promote sikit muka Uncle AJ kat belakang tu.
Owner of CINTA ALIAH GALLERY .
Siapa nak Make Up yang vogue dan class pergi laa mintak khidmat Uncle AJ.
Pasti tidak mengecewakan...



Okay yang ni saja je tunjuk perfume yang Abah hadiahkan...
Hihi Terima Kasih Abah...




Okay laaa Sampai sini je perkongsian Birthday Dira.
Okay kat bawah ni Dira saja nak share beberapa Birthday Wishes yang Dira rasa amat bermakna dalam hidup Dira....








Belon ni Aleeya bagi masa datang kenduri and party haritu...
Thanxx Leeya :)


Last but not least, Dira nak ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak kepada semua yang Wish birthday Dira.
Tak semua Wishes Dira dapat kongsikan di dinding dyrachenctasayang tapi Dira takkan lupa setiap doa yang kalian titipkan....

Doakan Dira dapat mengharungi kehidupan dengan lebih kuat dan lebih baik lagi yee...

Terima Kasih :)
XOXO, Love mmuahh ***



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...