" TUDUNG DAN PERWATAKAN, PERLAKUAN ? ITU BERBEZA, SANGAT BERBEZA :) "



APA BEZA HIJAB DAN PERWATAKAN ?
Memang sangat berbeza ! Sangat !
Maaflah entry ini tidak ade muqaddimah yang baik mungkin kerana hati ini sedang memberontak dek kerana itu jugalah jejari ini menaip laju di papan kekunci laptop ini.

Maaf, aku juga manusia. Manusia yang ada hati, ada rasa, ada perasaan bila orang mempertikaikan dan memperkotak-katikkan sesuatu.

Niat aku cuma satu, aku ingin meluahkan tanpa mengaibkan.
Ingat ayat aku ni, TANPA MENGAIBKAN !
Aku bercerita, berkongsi, meluah dan bukan untuk perdebatan.
Aku berkongsi untuk pengalaman, dan bukan untuk pergaduhan.

Aku menulis aku menaip, aku ber-vlog, aku ber-blog, aku berceloteh, aku membuat cover bukan inginkan perhatian, apatah lagi minta dipuja. TIDAK !
Aku berkarya dengan karya aku. Bukan untuk dibanggakan. Tapi diketengahkan.
Bukan untuk menarik perhatian, tapi untuk mendapatkan kekuatan, keyakinan supaya ia boleh dipelajari dan di perbaiki.

Berbalik kepada HIJAB tadi, Aku mungkin bukan 'Muslimah yang sempurna' tapi sekurang-kurangnya aku telah lakukan satu tuntutan yang wajib dan patut dilakukan.
Dan Alhamdulillah, Aku terus istiqamah...
(Ya Allah, tuntuni aku supaya terus Istiqomah)

Permulaan HIJAB aku juga bukanlah permulaan yang sempurna, malah sehingga kini juga belum sempurna. Aku juga masih belajar, belajar dan belajar. Jadi, jangan cemuh !

Jujurnya, aku tak pernah jatuh dengan kata-kata kotor manusia. Tapi hari ini aku belajar satu benda.
Bila kita berkata-kata walaupun hanya untuk sesuatu rasa bakal ditafsirkan melalui rasa dan nafsu manusia.
Dan dengan itu, HIJAB dikepala yang dipersalahkan sedangkan aku juga khalifah di muka bumi ini yang masih tidak tahu di mana arah tuju aku di masa depan.

Nak Tahu Kenapa ? AKu, Kau, Dia, Mereka, Kalian dan semua itu tiada yang sempurna.
Allah sahaja tahu rasa hati ini ketika ini.
Iyaa ! Kadang kala aku terlampau langkah, kata pun tidak disusun atur dengan baik apatah lagi gelak ketawa yang ada kalanya melampaui batas. Tapi bukankah aku juga manusia ? kau juga bukan ?


Andai marah dengan kata-kataku, Maaf.
Andai terasa dengan coretanku, Maaf.
Andai meluat dengan tindak-tandukku, Maaf.

Tetapi sekiranya marah, terasa dan meluat mohon undur diri dari diri ini.
Dan sekiranya tiada sesuatu yang baik ingin diperkatakan, mohon diam. Jangan bersuara yang mana akan lebih merosakkan keadaan dan situasi.

Orang cakap,  The way we talk actually showing the way our parents thought us, so I leave it as a better way.

Ya Allah... Andai rasa ini tak dapat dibendung lagi, kau tuntunlah hati ini. Matikanlah kata-kata aku andai bersuara itu akan lebih memburukkan keadaan. Subhanallah. . . .

Ingat, jika marah pada aku. Jangan lah HIJAB ini yang kau salahkan.
DIA tak bersalah kerana aku yang letakkannya pada kepala aku. Dan sekurang-kurangnya aku ada inisiatif itu.





Muslimah itu , terkadang gelak kuat tak henti , terkadang juga minum berdiri , terkadang sebelum tidur trlupa baca doa & ayat kursi , terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri , terkadang aci redah sarung kasut org lain tanpa disedari . Muslimah itu , terkadang gembira sampai trlompat terkinja smbil trsenyum tayang gigi , terkadang menitis air matanya laju tak terperi , terkadang rasa lemah smpai tak mampu nk bangun2 lagi , terkadang rasa marah menguasai diri , sampai rasa nk lempang org tu laju2 without mercy . Muslimah itu , adalah manusia biasa , yg tak lari dari segala perasaan sebagai manusia , yg tak lari dari segala mcm ujian dan pancaroba , yg tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya , yg tak lari dari buat khilaf dan dosa . Kerana apa ? Kerana dia juga manusia biasa . Apa2 pun , yg pastinya , muslimah itu sentiasa bangkit bila trjatuh , sentiasa cuba gembirakan hati org lain walau hatinya sendiri remuk , sentiasa cuba nk improve diri , dari semasa ke semasa tnpa henti , walau terkadang dia trsungkur , itu bkn kerana dia lemah , tapi itu kerana dia cuba ambil masa utk bangkit semula , jadi kuat dari sebelumnya , kerana dia berusaha utk mnjadi bidadari dunia , dan juga di akhirat sana , insyaAllah :') "


1 comment:

  1. Kan! Orang selalu pertikaikan pemakaian kita. Katanya pakai tudung tapi perangai cam dot dot. Alahai, kenapa la salahkan pakaian. Ketahuilah, tudung dan sikap amat2 lah berbeza. Bagus perkongsian ni. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...