" Majlis Tahlil Arwah dan menyambut puasa di Rumah Kasih Harmoni "

Assalamualaikum korang !!!!
Sebenarnya dira tengah busy untuk final exam ni tapi still curi masa sikit untuk update entry baru ni, nampak tak semangat kat situ ?
hahaha... Okay jom start !

Pada 7 Jun yang lepas, Kak Tuty dan seluruh keluarga besar kami mengadakan Majlis bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sungai Buloh :)

Kalau uollsss sume rajin tengok drama TV3, sebenarnya rumah ni dah banyak kali masuk drama...

Okay jom check it out ape yang best sepanjang majlis tu :)


**** Peraturan dan tatacara untuk pelawat :)






*** Sekitar kawasan Rumah Kasih Harmoni


*** Dewan makan dan dewan anak-anak berkumpul :)


*** Surau dan madrasah anak-anak solat berjemaah :)



Kebanyakan anak-anak di sini terdiri dari anak yatim piatu san fakir miskin di mana mereka dididik disini tetapi masih berpeluang bersekolah biasa dan mengikut minta masing-masing. Untuk pengetahuan pembaca juga, selepas anak-anak ini berusia 18 tahun, mereka diberi peluang untuk keluar hidup berdikari sendiri, tetapi mereka juga dialu-alukan untuk terus tinggal di sini menjadi sebahagian dari sukarelawan.


Jom tengok apa yang pihak keluarga dira sediakan untuk anak-anak ini !!!!


*** Nasi Ayam ditemoah khas dari Maklong dira, di mana maklong ada restoran nasi ayam berdepan dengan Jusco (Alpha Angel) Wangsa Maju. So kalau nak rasa, silalah ke sana yee :)

*** Candy buffet hasil kegigihan dira, angah dan adik-adik dira yang lain :)
Khas untuk anak-anak di sini menikmati pelbagai jenis desert bersalut coklat fountain. 
Nyum nyum...

*** Pelbagai jenis buah-buahan untuk disalut coklat :)






*** Booth kuih-muih dan bubur hasil sumbangan saudara-mara :)

Majlis bermula apabila kami berkumpul untuk solat maghrib bersama dan selepas solat maghrib diadakan tahlil arwah dan bacaan yassin bersama dan seterusnya solat isyak berjemaah :)








*** Anak-anak menikmati makan malam dengan pelbagai hidangan :)



**** Kek strawberry tu hand made hasil kegigihan kak Tuty dan Angah okay, and kek sebelah tu hadiah harijadi dari Iqa, bestfriend dira :)





*** Alhamdulillah, untuk kesekalian kalinya, sambut ulangtahun ke-21 bersama-sama mereka :)











**** All June's baby in da houseeee :)








*** Dira juga mengambil peluang men-sumbangkan suara, hehe :)









Kak Tuty dan Suami, Mama dan Abah bersama pengasas juga pengetua Rumah kasih Harmoni :)

*** Sebelum balik, sempat juga mengabadikan gambar bersama Aidil Abd. Ghaffar, selaku pengacara majlis pada malam itu, Thank You Abang Aidil sebab sudi menyerikan majlis :)
*** Abang Aidil Abd. Ghaffar ni siapa tak kenal kan. Orang kuat TV3 okay :)





Dengan berbesar hatinya, dira mewakili pihak keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh keluarga Rumah Kasih Harmoni kerana menerima kehadiran kami dengan tangan terbuka dan sungguh ramah dan mesra :)
Terima kasih juga buat semua ahli keluarga besar yang memeriahkan majlis pada malam itu.

Kepada anak-anak ini, ingatlah.... Kalian sangat beruntung :)
Jangan pernah berasa rendah diri kerana tiada mempunyai ibubapa kerana kami yang beruntung mempunyai ibubapa ini belum tentu mampu menjadi anak yang baik dan berbahagialah kalian kerana kalian tidak akan pernah mendapat title anak derhaka :)

Semoga pengalaman ini antara pengalaman berharga yang mendidik hati-hati kita semua untuk menjadi yang terbaik :)
Semoga doa anak-anak ini mampu memberi kebahagiaan kepada hati-hati kami :)


Semoga berjumpa lagi :)









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...