CORETAN NUKILAN BAHASAN TITIPAN

Assalamualaikum :)
Lama kan dira tak update ape-ape kat dinding blog ni kan ?
Nampak tak dah habuk plus bersawang-sawang tu ?
**Nampak tak imaginasi tinggi kat situ ?
Hehe, Okay ! Let's Start...

Tapi sebelum tu meh dira belanja gambar dira dengan Bestfriend dira yang sorang ni :)






Kenapa dira letak gambar dengan IQA ?
Okay, sebenarnya entry kali ni memang exclusive ditujukan buat 
" ROSHAZIQQAH BT. ABU TALIB "

Hari ni hari paling bersejarah dalam hidup dia apabila dia terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang. Setelah hampir 13 tahun mengenalinya, takde sikit pun jarak antara kami tapi hari ni memang hari paling besar buat dia.
Bayangkanlah, dia yang nak operation tapi malam tadi memang dira tak nyenyak sangat tidur, terfikir sangat dan pagi-pagi lagi Maklin (Mak Iqa) dah Whatsapp hantar gambar condition Iqa. Mahu tak air terjun laa kan dalam kelas pagi tadi, cover-cover je takut lecturer perasan, kang tak pasal-pasal dia ingat putus cinta ke ape kan... 

Memang satu hari ni mood berubah-ubah sangat. Dapat update dari Maklin pun agak lambat, yelaa dira kat kolej kan... Dorang yang kat Hospital tu dira taktahu laa macam mana. Dekat 4 ke 5 jam jugaklaa operation tu. 

Then, dalam pukul 1 macam tu Bapak (Bapak Iqa) pulak whatsapp bagitahu Iqa dah selesai pembedahan then tinggal nak stabilize je, so kat situ dira dah dapat tarik nafas lega....
Alhamdulillah ~

Dira tunggu jugak kalau ada apa-apa berita kan, then luckily lepas je dira sampai hostel lepas habis kelas telefon dira berdering. Tertera nama 'MakLin' then dira angkat laa...

Okay, ini tak kelakar !

Dira kenal suara ni....Seriously kenal, tapi suara ni tak macam selalu....
Itu Suara Iqa tu, Ya Allah ! lemahnya suara dia. Tapi dia still nak cakap jugak. 
Ya Allah terharunya, sebab Iqa cakap dia baru sedar, then dia call dira....
Ya Allah sumpah sedih masa tu..

Dapat cakap sekejap je sebab Iqa cakap dia susah nak cakap sebab bila dia cakap dia rasa sakit.
Masa tu lagi laa dira sedih, dah sakit takpayah laa call. Nanti-nanti pun boleh kan.
Tapi dira tak marah Iqa, sebab dira taktahu apa dalam hati dia.
Dira cuma boleh luahkan rasa syukur sebab Iqa selamat. Cuma nak tunggu proses recover je :)

Malam lepas maghrib phone dira berdering lagi...
Kali ni memang nama Iqa yang keluar so dira harapkan yang dia dah stabil masa ni, so boleh laa cakap lama sikit... Tapi rupa-rupanya....

Tekanan darah dia rendah, so dia call ajak borak-borak sebab nak stabilkan bagi rilexx sikit. Maybe dia banyak fikir sangat kot.
Ya Allah, tuhan je tahu perasaan dira masa tu...
Sumpah sedih, Dira harap sangat yang Dira akan ada sepanjang pembedahan dia, teman dia tapi takde rezeki kan sebab dira busy dengan kelas.

Tapi dira sentiasa doakan dia walaupun dari jauh.
Agak lambat sikit dira update pasal iqa kat blog ni al maklum laa memanjang depan phone tak sempat bukak laptop. Bukak pun bila nak buat research and assignments. Tapi korang yang follow instagram dira mesti dah baca update-update dira kan . . . . 

So harap sangat balik weekend ni dapat jumpa Iqa.
Iqa kuat sangat, tu yang pasti. Dia memang tabah...

Iqa, bangga tak aku buat satu entry khas untuk kau ?
Bangga laa please :)
Aku harap kau cepat sembuh then nanti kita boleh celebrate birthday sesama lagi macam tahun-tahun lepas.
Kita boleh celebrate friendship anniversary yang ke 13 tahun kita kat Dip & Dip lagi kan ?
Cepat sihat tau sebab aku dah boring laa tidur berdua dengan Leeya dalam bilik kita, dah rindu nak gossip-gossip sebelum tidur and luah-luah perasaan dengan kau kan....

Dah taktahu nak cakap apa lagi sebab airmata dah habis, senyuman pun macam hambar je kan...
Doa jelaa aku dapat titipkan untuk kau tau ! So cepat sihat tau babe :)

Love kau ketat-ketat :)


1 comment:

  1. ya allah semoga iqa kuat..so dira kenal la kuat gak untk dye...slalu kat AVA law g klas msty trsmpak dgn dye..kali ney ta ada...Moga iqa jadi sorg budak yg ceria seperti dulu :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...