Macam-macam ada di 2013 :)

Assalamualaikum :)
Salam tahun baru, salam memulakan azam baru :)
Yehaaaa !!!!!

Berakhirnya 2013 dengan penuh kenangan yang berliku-liku sampaikan dyra sendiri dah lupa mana satu nak start dulu ni, apa-apa pun yang pernah berlaku di 2013, dyra jadikan pengajaran dan pelajaran untuk menjadi yang lebih baik, In Shaa Allah. Amin ~
Okay Jom highlights satu-satu apa yang berlaku sepanjang 2013.

1. ' Dyrachentasayang ' di REMAJA

Nak tahu pleasee pergi LINK ni okay !





Walaupun hanya sedikit info mengenai Blog dyra, tetapi inilah salah satu sebab yang buat views blog dyra meningkat :) Alhamdulillah~
***Btw, korang kena dapatkan Majalah InTrend keluaran Jan 2014 tau ! Sebab Blog Dyra masuk dekat ruangan blog jugak. Dyra cakap je ni, sebab dyra pun tak berkesempatan nak beli lagi pun majalah tu. hehe :)


2. PUTUS CINTA
 Oppppsss, bukan nak ingat kisah lama tapi just nak share supaya ia dapat membakar semangat dyra untuk menjadi lebih baik di 2014.

Antara entry yang ada kena mengena dengan kisah hati ni, korang boleh baca kat link bawah ni okay !

NUKILAN HATI
BELAJAR DARI SEBELUMNYA
4 Months

***Bukan untuk luaskan penceritaan cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman kerana dyra percaya bukan dyra sahaja yang melalui pengalaman putus cinta tu kan...
So, kepada korang-korang kat luar sana yang ada cerita sama macam dyra, Chill laa ! Kita mampu, Kita kuat ! Chaiiyyookkkk !!! Hehe
*** Dah hampir setahun berlalu, dan alhamdulillah. Kehidupan dyra semakin neutral dengan kehadiran family dan sokongan kawan-kawan dyra. Love laa korang !

3. EVENTS

Haaa.... cakap pasal events ni, banyak sangat events yang dyra pergi, dyra join and manage tau. Takut pulak tertinggal satu-satu. Okay, antara events yang dyra join banyak dekat college sebenarnya. Sebenarnya pada awalnya niat dyra join event ni semua sebab nak menyibukkan diri lepas 'putus cinta' tu. Haha, macam kelakar kan... Tapi last-last dah terjebak pulak then suka pulak create event and manage event ni. Best rupanya... So antara event yang dyra join ialah CHARITY WEEK ! Then, beberapa tempat yang dyra pergi korang boleh view kat sini okay ! LINK 1 !  LINK 2 <

Next, Battle Of The Band. Masa mula-mula fikir laa kan best kalau dyra dapat masuk competition ni, last-last diorang suruh dyra jadi MC on that night. Haha... Tak dapat nyanyi, jadi MC pun takpe laa kan...
Banyak giler yang jadi dua malam berturut-turut battle tu. Korang check it out kat link ni okay !
BATTLE OF THE BAND !


4. SURPRISE !!!!

Okay !!!! Pasal ni kawan-kawan dyra memang champion okay ! Dorang buat surprise untuk birthday dyra ! Memang terbaik laa. Serius tak pernah sangka yang akan dapat big surprise macam ni. Serius terharu sangta-sangat !


Dan.....Banyak video yang dyra share kan lagi masa birthday tu yang korang boleh tengok di >>>> SINI
Apa-apa pun korang memang terbaikkkkk !!!! Dan sebenarnya seminggu sebelum tu kitorang buat surprise birthday besar-besaran untuk IQA. Bestfriend dyra tu. Satu Mantin bergema bunyi bunga api ! Ni hasil plan family Iqa jugak. Memang best masa tu. Banyak jugak video dan gambar dyra share kat Facebook dan Keek dyra. Kat LINK ni pun ada jugak !



***** Tu jelaa kot the best thing yang dyra nak share dekat korang. Yang sedih-sedih ke takpayah share sangat laa sebab dyra bukan jenis orang fikir sangat pun. Haha, choooiii kan. So korang ! Jangan jemu-jemu untuk view blog dyra lagi okay ? In Shaa Allah, dyra akan cuba meningkatkan cara penulisan dan persembahan di masa akan datang. Dyra perlukan sokongan korang jugak tau ! Yang hadir silih-berganti dalam hidup dyra, percayalah... seandainya ada kebaikan, jadikanlah ia sebagai peringatan dan seandainya sebaliknya, jadikanlah ia pengajaran okay.
Buka buku baru, jadilah manusia yang sentiasa produktif ! Jumpa Tahun Depan ! Byeee... XOXO :)







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...