" Majlis Tahlil Arwah Keluarga Omak "

Assalamualaikum :)
Sedar tak sedar sudah lebih 40 hari arwah Maklang atau mesra dipanggil "Omak" pergi meninggalkan kami semua :) Senyuman, gelak, tawa dan ramah katanya masih segar di ingatan kami semua :) Namun, Allah lebih menyayanginya. Kami semua redha dan kami yang masih hidup ini hanya mampu melakukan sedikit keinginan arwah yang masih belum kesampaian semasa hayatnya... Semoga dengan sedikit perkongsian ini akan memberi ketenangan rohnya di sana, Amin ~

9 Februari 2013, kami seluruh Keluarga Omak telah mengadakan Majlis Tahlil Arwah buat semua ahli keluarga kami yang telah pergi.Ini memang acara tahunan kami sekeluarga setiap tahun sebenarnya tapi mungkin kali ini lebih terasa kehilangan kerana pengerusi Kelab Omak telah pergi meninggalkan kami pada 30 Disember yang lepas. Namun, hajat dan keinginan arwah kami cuba sempurnakan dan inilah sedikit coretan majlis itu yang berlangsung di sebelah Zohor bagi meraikan anak yatim dan sebelah Isyak pula bersama dengan anak-anak dari Sekolah Tahfiz Sungai Buloh :)


*** Selepas zohor, kami menerima kehadiran anak-anak yatim untuk memeriahkan Majlis Tahlil di belah siangnya... 
*** Antara salah satu niat arwah Omak, yang sememangnya semasa hayatnya lagi selalu sangat " memberi makan " kepada anak yatim :)








***Sebelum anak-anak yatim ni balik, ada sedikit cenderahati yang kami bekalkan dekat mereka :)






*** Alhamdulillah, majlis di sebelah siang berjalan dengan lancar berkat kerjasama saudara-mara yang membantu. Majlis sebelah malam tetap meriah walaupun anak-anak dari Sekolah Tahfiz terpaksa bergelap semasa majlis tahlil kerana bekalan elektrik sekitar sungai buloh terputus hampir 1 jam lebih. Walaubagaimanapun, majlis tetap berjalan dengan izinNya, Alhamdulillah ~



*** Sejuk mata melihat kelancaran mereka ni dalam  hafazan ayat-ayat suciNya....
Harap sangat suatu hari nanti akan dikurniakan zuriat yang akan menjadi penyejuk mata macam ni, Insyaallah :)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...