Cikyaa Masuk Asrama !!!

Hye Assalamualaikum semua penjengah dyrachentasayang ?
Sihat tak ? Dira tak berapa sihat laa, turun naik kesihatan sekarang, faktor cuaca mungkin...
So, korang kat luar sana jangan lupa banyakkan minum air kosong ok ?

Okay, dari tajuk entry ni, Dira nak share moments masa hantar adik dira ke Kolej Tunku Khursiah, Seremban. Just nak share moments and mana tahu ade benda baik dari perkongsian ni kan...

Nak dijadikan cerita, macam rasa cepat je masa berlalu, adik Dira dapat offer dari Kolej Tunku Khursiah dan kena daftar seminggu dari tarikh tawaran. Memang kelam-kabut jugak laa untuk buat persiapan kan. Dalam pada masa yang sama, adik Dira dapat tawaran MRSM jugak. Jadi, untuk yang terbaik, keputusan bersama di buat dengan mintak pendapat semua ahli keluarga, dari along, angah, mama, abah dan dira sendiri. Bukannya ape, kita nak yang terbaik untuk semua kan. Cikyaa pun macam okay je kalau masuk asrama, so macam taklaa berat hati sangat. 
Alaaa, Seremban je kot. Hihi :)

Nak dijadikan cerita jugak, persiapan dibuat dalam masa seminggu, dengan beli buku, barang keperluan sampailah kelulusan untuk beberapa dokumen semua. So agak tergendala jugak laa planning family kan. Tapi takpe, Cikyaa punya pasal...

Walaupun Dira punya kolej pun dalam negeri yang sama, tapi dira memang tak pernah sampai ke TKC ni. So ape lagi, kita guna laa maps kan :)

Hihi :)

Okay, sampai je sekolah ni, mak aihhhh macam jakun sekejap. Sebab Dira memang tak pernah duduk asrama kan, selain hostel kolej tu la. So macam....."oh ni ke asrama" hihi




Nampak tak dira yang bersungguh-sungguh isi borang itu ini untuk Cikya. Cikya dah buat muka pulak. Haritu excited sangat. Hihi



Angah pun 'ponteng' keje sebab nak hantar Cikyaa tau :)
Betul punya teliti angah baca rules & regulation, teringat zaman masuk asrama ke ngah oiii. hihi

Abah dengan Mama memang fokus betul dengar taklimat cikgu tu. Dari segi bayaran dan semua-semua laa berkenaan sekolah ni...


Kat sini memang semua students perempuan. So, memang berdikari dan fokus jelaa belajar kat sini kan. Tu yang pilih cikyaa kat sini tu...

Okay lepas register, kitorang pun ke dorm untuk kemas barang cikya yang belambak tu. Hihi

Okay Jom Tengok Dorm pulak :)





Mama dan Angah memang bertungkus-lumus kemas barang cikyaa, nak pastikan keselesaan katenya...ceehhh




Masa nak tinggalkan cikya tu memang drama sikit laa, sebab dah 16 tahun duduk depan mata kan, pastu nak lepaskan dia berdikari. memang susah sikit laa, tapi apakan daya... Untuk kehidupan dan pembelajaran lebih baik kan...


Tengoklaa muka mama tu, Isshh air terjun dah dalam kereta tau...
Takpe laa, Cikya kan nak belajar, nak berdikari...
Orang kata, alah bisa tegal biasa kan...
InsyaAllah boleh, kalau tak bile lagi kan.
Ni laa pengalaman namanyaa....




Buat Cikyaa (NurMazlin Fateha), jangan sesedih laa.. Kejap je nak belajar bagus-bagus kan...
Kata nak jadi lecturer, nak masuk universiti. So rilexx laa :)

Kehidupan yang baik memang memerlukan pengorbanan kan, Lebih tinggi kejayaan tu, lebih besar laa pengorbanan kena lakukan kan ?

InsyaAllah, semua okay k :)

Jangan air terjun lagi, ada masa nanti kitorang melawat laa cikya... Takpayah risau, belajar je okay :)

So, macam tu laa kisahnya bila Cikyaa masuk asrama :)
Kolej Tunku Khursiah, 2015 :)

Xoxo :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...