Perginya seorang insan yang belum sempat ku panggil " NENEK "

Kali ini aku bertanya ? Bertuahkan aku hidup selama 20 tahun di muka bumi ini ? Sedangkan aku tahu, selagi jasad dan nyawa ini berlari di dalam nadi yang bergerak pantas ini, selagi itu aku masih berpeluang untuk menjadikan diri aku bertuah.... Melihat anak-anak kecil yang memanggil dan mendakap mesra insan yang bergelar nenek, ada tika aku termenung sejenak...



......................................................................
....................................................................................

2 Jun 2013, genap 20 tahun  pemergian arwah nenekku, AMINAH BT. ABDULLAH....
Dan selama 20 tahun itu juga, aku tidak pernah merasai belaiannya, kasih sayangnya malah ciuman dan kucupan darinya.... Bila mendengar penceritaan mama padaku, aku jadi terkilan...? Kenapa nenek tidak tunggu untuk menantikan kelahiran aku hanya 2 hari saja lagi ??? kenapa ? 
Mungkin masa itu, aku masih kecil. Aku cemburu melihat kawan-kawan seusiaku pada ketika itu bercerita saat mereka tidak sabar pulang ke kampung, berjumpa nenek tercinta, menyambut hari jadi bersama dan bermain-main di laman bersama.... Tika itu, aku rasa, di mana nenek ? kenapa tiada insan yang aku panggil nenek itu ? Naluri anak kecil aku pada masa itu meronta-ronta. Aku hanya mendengar cerita mama, cerita di mana nenek seorang yang pandai masak, masakannya akan jadi hidangan keluarga besar kami setiap hari... Nenek seorang yang murah hati, tidak pernah berkira terutamanya mengenai wang walaupun ada masa dan ketika nenek juga di dalam kesusahan, mama cerita lagi... di saat nenek sakit, ramai orang ingin membantu... kenapa ? mama jawab mungkin kerana nenek itu selalu membantu orang yang buatkan ramai ingin menolongnyaa.... Murahnya hati nenek, tapi sayang... aku tidak berpeluang bertemu nenek.. Cerita mama lagi, dua hari selepas pemergian nenek, seorang bayi perempuan lahir... Dan bayi itu adalah aku... Kenapa aku ??? Kenapa kelahiran aku bukan 2 hari sebelum pemergian nenek ? kenapa ???

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa terus berputar, hari demi hari yang aku lalui aku hanya mendengar cerita mengenai nenek dari mama.... 
Mama yang mungkin terus mendekatkan aku pada nenek. Setiap kali hari jadi aku, aku impikan nenek bersama aku, namun kedewasaan membawa aku kepada satu perubahan pemikiran. Siapalah aku mahu menolak takdir. Orang kata, aku pengganti arwah nenek ?  Betul ke ? Entahlaa... Hakikatnya, kini aku mencecah 20 tahun, dan tipulah kalau aku katakan, aku tidak cemburu melihat mereka yang selalu tak sabar untuk pulang ke kampung bertemu nenek mereka. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku mendengar cerita mama dengan tenang, dan aku cuma berlagak biasa di depan mama, ada juga mama bergurau... suruh aku cari suami yang masih ada nenek di kampung. Haha, ketika itu aku hanya mampu tersenyum.... sekurang-kurangnya aku boleh menumpang kasih, katanya.....

Siapalah aku mahu melawan arus masa dan takdir Ilahi, tapi aku bangga... Aku bangga dengan nenek... Ada juga kadang-kadang aku mimpikan nenek... Mungkin Allah nak bagi aku rasa sikit pengalaman bertemu nenek....Alhamdulillah ~ Kini aku dah dewasa... Masa mengajar aku untuk belajar dan menerima hakikat dunia... Nenek telah pergi, bukan pergi seketika...tetapi selamanya... Aku mungkin tidak pernah mengenali insan yang aku teringin untuk memanggil nenek ini, tetapi dari segala penceritaan, aku rasa aku dekat dengannya. Tiada kata-kata indah yang dapat aku utus dari jauh selain doa dan panjatkan seribu keberkatan agar nenek sentiasa tenang di sana ~

" Nenek, jika aku diberi peluang untuk keluar lebih 2 hari awal sebelum pemergian nenek, aku ingin nenek mandikan aku di kala mama masih berpantang...."
"Nenek, jika aku diberi masa untuk memilih keluar lebih 2 hari awal sebelum perginya dirimu tak kembali, aku ingin tidur bersama belaian nenek, walaupun seketika...."

Cerita mama lagi, selepas pemergian nenek... Mama buat keputusan untuk jadi surirumah sepenuh masa, kerana apa ? ketika mama bekerja, mama hanya berikan kepercayaan kepada nenek untuk menjada along dan angah... Dan selepas pemergian nenek, abah tidak percaya sesiapa untuk menjaga anak-anaknya... dan mama buat keputusan yang betul.... Hampir 20 tahun, aku tidak pernah rasa jauh dengan nenek, kerana pemergian nenek dekat dengan kelahiranku....

Aku pasti, ada hikmah di sebalik penceritaan kisah hidupku ini....
Ya Allah, tempatkanlah hatiku di hati nenek, walaupun aku jauh..... :)
Al-Fatihah ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...